Anda di sini

Trump bayangkan perjanjian damai baharu dengan Taliban

Advertisement
 Trump menyampaikan ucapan kepada tentera AS sempena Hari Kesyukuran ketika melakukan lawatan mengejut ke Bagram Airfield di Afghanistan kelmarin. — Gambar Tom Brenner/Reuters
BERSEMANGAT: Trump menyampaikan ucapan kepada tentera AS sempena Hari Kesyukuran ketika melakukan lawatan mengejut ke Bagram Airfield di Afghanistan kelmarin. — Gambar Tom Brenner/Reuters

ANKARA: Taliban berhasrat mencapai perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Donald Trump kelmarin ketika melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan untuk meraikan Hari Kesyukuran bersama tentera Amerika, lapor agensi be-rita Anadolu memetik laporan The New York Times.

“Taliban ingin membuat perjanjian damai dan kami akan bertemu dengan mereka,” kata Trump dalam pertemuannya dengan rakan sejawat dari Afghanistan, Presiden Ashraf Ghani, semasa melawat Bagram Airfield, menurut The New York Times.

Pada awal September, Trump mengisytiharkan rundingan damai dengan Taliban “telah terkubur” susulan serangan baru-baru ini ke atas ibu kota Kabul yang mengorbankan berpuluh-puluh orang termasuk seorang tentera AS.

Bercakap kepada tentera AS yang ditugaskan di Afghanistans, Trump meng-ucapkan terima kasih atas perkhidmatan mereka.

Trump diiringi Setiausaha Akhbar Rumah Putih Step-hanie Grisham, pemangku Ketua Turus Mick Mulvaney, Penasihat Keselamatan Negara Robert O’Brien, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Judd Deere dan Senator John Barrasso.

Lawatan mengejut itu me-rupakan kunjungan pertama Trump ke Afghanistan dan yang kedua ke zon konflik, selepas lawatan ke Iraq tahun lepas sehari selepas Krismas.

Tahun lepas, Trump bercakap dengan tentera AS di Afghanistan pada Hari Kesyukuran melalui telefon. — Bernama

Advertisement