Anda di sini

Filem Sandler, Pattinson ungguli pencalonan ‘Spirit Awards’

Advertisement
ROBERT PATTINSON
ROBERT PATTINSON

PELAKON Adam Sandler dan Robert Pattinson menyaksikan harapan mereka untuk memenangi anugerah Oscar mendapat dorongan apabila ‘Uncut Gems’ dan ‘The Lighthouse’ mendahului pencalonan untuk anugerah ‘Film Independent Spirit Awards’ masing-masing dengan lima pencalonan, pada permulaan tidak rasmi bagi musim penyampaian hadiah tahunan di Hollywood.

Manakala filem terbitan studio besar tidak layak untuk anugerah ‘Spirit Awards’, hadiah itu masih dilihat sebagai petunjuk yang kuat bagi filem bebas yang dapat pada akhirnya memenangi anugerah Oscar.  

Sandler berlakon sebagai seorang penjual barangan kemas yang kasar dan luar biasa dari New York dalam drama oktana tinggi ‘Uncut Gems’ dari adik beradik Safdie, yang turut menerima pencalonan bagi anugerah pengarah terbaik.

Pattinson, bekas bintang ‘Twilight’ dan ‘Harry Potter’, menggariskan tauliah bebasnya dengan pencalonan untuk kisah hitam putih Robert Enggers mengenai dua penjaga rumah api di sebuah pulau terpencil.

Kedua-dua filem itu dibuat oleh studio penerbitan A24, yang sekali lagi mendominasi, dengan 18 pencalonan.

SCARLETT JOHANSSON
SCARLETT JOHANSSON

Kuasa filem bebas itu turut menerbitkan filem yang pernah memenangi anugerah Oscar ‘Moonlight’, selain ‘Lady Bird’ dan ‘The Disaster Artist’.

Dua aktres Zazie Beetz (‘Joker’) dan Natasha Lyonne (‘Orange Is The New Black’) mengumumkan pencalonan tersebut di satu sidang akhbar di Los Angeles.

Presiden Film Independent Josh Welsh menggambarkan 2019 sebagai “tahun pembuatan filem yang berani, lancang dan berjaya” walaupun perubahan signifikan telah berlaku dan cabaran dihadapi industri perfileman.

Filem terbitan Netflix ‘Marriage Story’ dipilih untuk menerima anugerah Robert Altman Award, yang diberi kepada pengarah, pengarah pemilihan barisan pelakon dan para pelakon satu filem.

Filem itu, yang dibintangi Scarlett Johansson dan Adam Driver, akan bersaing dengan ‘Uncut Gems’ untuk hadiah filem cereka terbaik.

Sementara Sandler dan Pattinson akan bersaing untuk anugerah pelakon lelaki utama terbaik, dua selebriti senarai A iaitu Renee Zellweger (‘Judy’) dan Elisabeth Moss (‘Her Smell’) telah dicalonkan untuk anugerah pelakon wanita terbaik, dan Jennifer Lopez (‘Hustlers’) akan bersaing untuk anugerah aktres pembantu terbaik.

Lima pemenang filem cereka terbaik pada dekad ini seterusnya menikmati kejayaan dengan memenangi anugerah filem terbaik di majlis Academy Awards, termasuk ‘Moonlight’, ‘Spotlight’ dan ‘Birdman’.

Pemenang, yang dipilih oleh ahli-ahli Film Independent, akan diumumkan di majlis Spirit Awards pada 8 Februari – sehari sebelum Anugerah Oscar. — AFP

Advertisement