Anda di sini

Enam ‘protege’ dipilih menjadi artis rakaman dalam sesi uji bakat PBP

Advertisement
 Peserta ujibakat bergambar berkumpulan.
UNTUK ALBUM: Peserta ujibakat bergambar berkumpulan.

MIRI: Enam ‘protege’ yang beraspirasi untuk menjadi penyanyi pop, dipilih untuk menjadi artis rakaman dan menghasilkan album mereka sendiri selepas sesi uji bakat anjuran Panggau Buluh Pengerindu Production (PBP) di Permaisuri Imperial City Mall pada Sabtu lepas.

Mereka adalah Jandidi Jack, Watson Tase Batu, Felix Anderson Ugan, Azrafill, Nor Wahida Nor Hizan dan Fernando Charles.

Sesi uji bakat tersebut menarik minat 38 peserta daripada seluruh wilayah utara Sarawak. Ia bertujuan untuk mencari dan muncungkil bakat baru dalam industri muzik tempatan.

Dua produser daripada syarikat rakaman Panggau Buluh Pengerindu dan Jamison Music Production iaitu Embat Lala dan Joseph Clem diberi penghormatan untuk menjadi juri pertandingan.

Selain itu, enam penyanyi tempatan turut diundang untuk menyerikan suasana dan menghibur penonton, mereka ialah Farughi Varse, Eliza Sherance, Hanaki, Billy, Patrick dan Thomas Manja.

Sesi uji bakat ini diadakan sempena Pesta Usahawan Miri ke-23 dan disenarai sebagai salah satu acara utama.

  • oleh
  • Advertisement