Anda di sini

Sabah tingkat penggunaan teknologi moden atasi kekurangan tenaga buruh

Advertisement

KOTA KINABALU; Sabah akan meningkatkan penggunaan peralatan moden dalam sektor yang dijangka mengalami kekurangan tenaga buruh apabila berlakunya pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan menggunakan peralatan moden itu ia mampu melakukan kerja-kerja bersamaan dengan lima orang penggunaan tenaga buruh.

"Contohnya di Sawit Kinabalu yang menggunakan peralatan dinamakan ‘Tambadau’ yang boleh melaksanakan kerja dalam lingkungan lima orang (buruh) tapi ia boleh melakukan semua kerja," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Abidin Madingkir (UPKO-Paginatan) yang ingin tahu jika pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur akan dapat meredakan penghijrahan pekerja ke Sabah dan sebaliknya.

Mohd Shafie berkata langkah itu perlu dilihat secara serius bagi menangani kekurangan tenaga buruh kerana penghijrahan itu bukan hanya dalam kalangan rakyat Indonesia tetapi juga rakyat Sabah yang masuk ke ibu kota itu untuk membina peluang perniagaan.

  • oleh
  • Advertisement