Anda di sini

‘Sabah Come First’, daya saing anak Sabah perlu diperkasakan

Advertisement

KOTA KINABALU: Daya saing anak-anak Sabah perlu terus diperkasakan demi merebut peluang kekosongan tenaga kerja mahir dalam pelbagai industri, termasuk gas dan minyak (OAG).

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, usaha itu juga perlu untuk memastikan agenda mengutamakan orang Sabah mengisi kekosongan kerja dapat dicapai.

“Saya setuju dengan (polisi) 'Sabah Come First’ (orang Sabah diutamakan untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan khususnya sebagai tenaga kerja mahir yang ada di negeri ini).

“Bagaimanapun, (perkara) ini bukanlah bermakna kita sekat orang lain, tetapi kalau ada orang Sabah yang berkelayakan, kita perlulah beri keutamaan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Joniston Bangkuai (PBS-Kiulu) mengenai kebolehpasaran graduan tempatan dan jika Kerajaan Negeri memiliki polisi 'Sabah Come First’ dalam pelbagai sektor di negeri ini khusunya OAG.

Mengulas lanjut, Yusof berkata kementeriannya sendiri diwujudkan untuk memastikan pembangunan sumber manusia di negeri ini yang lebih berfokus dan berkesan dijalankan.

“Kita sedang merancang keperluan-keperluan tenaga kerja dalam industri, sebab kurang orang-orang Sabah yang berkelayakan mengisi jawatan (pasaran kerja) dalam OAG.

“Kita akan perbanyakkan peluang untuk anak-anak Sabah dan akan menaja mereka dalam bidang OAG seperti kimpalan, selaman dan kejuruteraan,” katanya.

Menurutnya, perkembangan semasa juga menunjukkan 400 tenaga kerja OAG diperlukan setiap bulan namun tidak dapat dipenuhi oleh orang Sabah (terpaksa diisi orang lain).

  • oleh
  • Advertisement