Anda di sini

redONE taja tiket kakitangan KTS Group saksi BOTR

Advertisement
 Ketua Pemasaran dan Perdagangan redONE, Oh Keat Meng (kanan) menyerahkan tiket tajaan kepada wakil KTS Group, Toh Luh Hung (kiri) semalam.
TAJAAN: Ketua Pemasaran dan Perdagangan redONE, Oh Keat Meng (kanan) menyerahkan tiket tajaan kepada wakil KTS Group, Toh Luh Hung (kiri) semalam.

KOTA KINABALU: Ketua Pemasaran dan Perdagangan redONE, Oh Keat Meng menyerahkan tiket tajaan kepada wakil KTS Group, Toh Luh Hung untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pemain legenda Liverpool menentang Manchester United di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dalam pertembungan bersejarah Battle of The Reds (BOTR) ini, redONE menyediakan 5,000 tiket yang bernilai RM150 setiap satu.

redONE dikenali dan dipercayai dengan pelan Postpaid Amazing yang bermula dengan harga serendah RM8 sebulan. Menggunakan rangkaian infrastruktur Celcom Axiata, pengguna redONE boleh mendapatkan sambungan internet yang pantas dan panggilan suara tanpa gangguan di seluruh Malaysia pada harga rendah.

redONE dinobatkan sebagai Penyedia Perkhidmatan MVNO Tahun dari 2014 ke 2016 dalam Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2016 dan pada 2016, redONE turut memenangi The BrandLaureate Corporate Branding Award 2015-2016.

Ketika Anugerah Perniagaan The Star (SOBA) ke-8 pada Januari 2017, redONE menambah beberapa trofi dalam senarai pencapaian mereka dengan memperoleh dua anugerah utama - Terbaik di dalam Pemasaran (Emas) dan Jenama Terbaik (Perak).

Ketika sambutan Anugerah SOBA ke-10, redONE diiktiraf dalam kategori Semangat Keusahawanan dan Anugerah Paling Banyak Dimenangi. Maklumat lanjut, layari redONE.com.my.

Advertisement