Anda di sini

Pope Francis mulakan jelajah Asia di Thailand

Advertisement
 Gambar serahan Jawatankuasa Penganjur Thai semalam menunjukkan Pope Francis              beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyambut ketibaannya dalam rangka pertama jelajah Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand. — Gambar AFP
MESRA: Gambar serahan Jawatankuasa Penganjur Thai semalam menunjukkan Pope Francis beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyambut ketibaannya dalam rangka pertama jelajah Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand. — Gambar AFP

BANGKOK: Pope Francis tiba di Thailand semalam, rangka pertama dalam jelajah Asia yang turut merangkumi Jepun dan membawa mesej dialog antara agama dan pelucutan senjata nuklear.  

Pontif itu mendarat sejurus selepas tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok, menurut seorang wartawan AFP yang menyertai pe-nerbangan.

Ini merupakan lawatan ketiga paus itu ke Asia – dan ke-32 ke seberang laut – yang membawanya ke dua negara majoriti pengikut Buddha dengan populasi Katolik minoriti yang diinjili misionari Jesuit pada abad ke-16.

Francis merupakan pontif pertama dalam tempoh hampir empat dekad untuk melawat Thailand di mana masyarakat Katolik hampir seramai 400,000 orang meliputi lebih 0.5 peratus daripada keseluruhan populasi.

Lawatan terakhir seorang pontif ke Thailand dibuat pada 1984 oleh Pope John Paul II.

Sebelum beliau berlepas, Francis memuji negara Asia Tenggara itu sebagai sebuah “negara pelbagai etnik”, dan berharap lawatannya akan mengukuhkan ikat persaha-batan antara masyarakat Katolik dengan “ramai penganut Buddha”.

“Saya percaya lawatan saya akan membantu mengete-ngahkan kepentingan dialog antara agama, persefahaman antara satu sama lain dan kerjasama persaudaraan,” kata paus dalam video sempena lawatannya pada 20-23 November.

Pada hari ini (Khamis), beliau akan berjumpa dengan Patriark Tertinggi Ke-20 Somdej Phra Maha Muneewong – ketua sami Buddha di Thailand – di sebuah tokong.

Beliau juga akan meng-adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha dan Raja Maha Vajiralongkorn.

Hari beliau akan berakhir dengan misa suci di stadium kebangsaan, di mana puluhan ribu dijangka hadir daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penganut Kristian etnik Karen dari utara Thailand, pelarian Katolik dari Vietnam yang tinggal di Bangkok, dan penganut dari seluruh Asia Tenggara.

Esok (Jumaat) hari paus akan dipenuhi pertemuan dengan paderi dan uskup Thailand, dan ia akan ber-akhir dengan misa belia di sebuah katedral. — AFP

Sejak pemilihan Francis enam tahun lalu, beliau sudah membuat dua lawatan ke Asia, iaitu ke Filipina dan Sri Lanka pada 2014, diikuti Myanmar dan Bangladesh pada 2017. — AFP

Advertisement