Anda di sini

Mayat lelaki ditemukan terapung

Advertisement
 Pasukan bomba dan penyelamat daerah membawa mayat yang ditemui sebelum diserah kepada polis.
MENGURUS MAYAT: Pasukan bomba dan penyelamat daerah membawa mayat yang ditemui sebelum diserah kepada polis.

KUNAK: Kes penemuan mayat seorang lelaki warga asing dengan kesan luka di belakang kepala di perairan Pantai Sarina, Kampung Pangi di sini, kelmarin diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Baharin Md Tahir berkata, berdasarkan hasil pemeriksaan forensik Hospital Kunak mendapati mangsa mati kerana lemas.

Katanya, mayat yang ditemukan terapung dengan berpakaian lengkap ditemui seorang pemancing pada Isnin jam 6.45 pagi bagaimanapun dilaporkan sudah mati dalam tempoh satu atau dua hari kerana kuku mangsa masih belum tercabut.

"Dalam laporan itu juga, tiada kesan luka dalaman badan mangsa, kesan luka di kepala mangsa kemungkinan boleh disebabkan gigitan hidupan laut kerana tiada kesan calar atau retak pada tempurung kepala mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baharin berkata kes penemuan mayat di perairan itu merupakan kes pertama tahun ini di Kunak dan dikenalpasti berkemungkinan warga asing berdasarkan tiada ditemui kesan suntikan BCG di pangkal bahu mangsa.

Menurutnya, risikan yang dilakukan setakat ini tidak menemukan sebarang individu termasuk laporan mengenai kehilangan ahli keluarga di laut.

Sehingga kini juga tiada laporan polis atau mana-mana individu menuntut mayat terbabit.

  • oleh
  • Advertisement