Anda di sini

KPDNHEP catat nilai rampasan RM605,334 untuk tempoh 11 bulan

Advertisement
ASLANI
ASLANI

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM605,334 ke atas pelbagai kesalahan perdagangan untuk tempoh Januari hingga November tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau Aslani Dabi berkata, pihaknya juga turut mengenakan kompaun sebanyak RM35,450 dalam tempoh berkenaan yang melibatkan 157 kes berkaitan.

"Sepanjang tahun ini kita sudah mengadakan pemeriksaan kepada lebih 11 ribu premis di sekitar Tawau dan Kalabakan serta mengeluarkan kompaun terhadap premis yang melakukan kesalahan.

"Dalam tempoh itu juga, pihak kami turut menerima sebanyak 150 aduan kepenggunaan daripada pelbagai pihak,"katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Beliau berkata, melalui sembilan akta dibawah seliaan kementerian ini kesalahan yang melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961 paling tinggi dicatatkan dengan 51 kes manakala nilai rampasannya sebanyak RM578,399 dan RM19,900 nilai kompaun.

"Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 berada ditangga kedua iaitu sebanyak 63 kes dengan nilai rampasan RM8,747 dan kompaun RM9,100 setertusnya Akta Timbang dan Sukat 1972 nilai rampasan RM7,380 dan kompaun RM5,050 dengan 30 kes disiasat," katanya.

Katanya, turut dilakukan rampasan atas kesalahan Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu 10 kes dengan rampasan RM10,37910 dan kompaun sebanyak RM1,400 manakala Akta Pelindungan Pengguna 1999 sebanyak tiga kes dengan nilai RM429.

Aslani berkata pihaknya akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa ke atas pemborong barang-barang kawalan di daerah ini.

"Kita bertegas terhadap semua kesalahan sekiranya didapati bersalah, tindakan boleh diambil di bawah Peraturan 9 (2) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tampil untuk memberikan maklumat membantu kerajaan menangani ketirisan barang bersubsidi.

  • oleh
  • Advertisement