Anda di sini

KK dominasi, Akid curi tumpuan Kejohanan Skuasy Antara Daerah Sabah 2019

Advertisement
 Peserta Kejohanan Skuasy Antara Daerah Sabah 2019 yang berlangsung di Kota Kinabalu penghujung minggu lalu merakamkan gambar kenangan pada majlis penutupan.
KENANGAN: Peserta Kejohanan Skuasy Antara Daerah Sabah 2019 yang berlangsung di Kota Kinabalu penghujung minggu lalu merakamkan gambar kenangan pada majlis penutupan.

KOTA KINABALU: Pasukan Kota Kinabalu (KK) memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah dengan menyapu bersih gelaran juara semua kategori Kejohanan Skuasy Antara Daerah Sabah 2019 penghujung minggu lalu.

Kejohanan yang berlangsung pada 15-17 November itu menyaksikan KK merangkul tujuh gelaran juara daripada lapan kategori yang dipertandingkan.

Kejohanan itu mempertandingkan kategori  bawah 9 tahun, bawah 11 tahun, bawah 13 tahun dan bawah 17 tahun lelaki dan perempuan.

KK hanya terlepas gelaran juara kategori bawah 17 tahun lelaki di mana pemain Tawau, Mohd Akid Izuddin Zulkifli yang juga pemain pilihan kedua mencuri tumpuan apabila menumpaskan pilihan utama Euven Liaw 3-2 (11-8, 11-8, 8-11, 9-11, 11-6) pada final.

Penentuan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Syafiq Asyari (Tawau) menang 3-2 (11-5, 7-11,11-9, 10-12, 11-8) ke atas Fernando Richard (KK).

Kategori bawah 17 tahun perempuan pula dijuarai Etain Tay (KK) dengan kemenangan (3-2  11-5, 7-11, 11-9, 10-12, 11-8) manakala penentuan tempat ketiga dan keempat yang juga mempertemukan pemain Kota Kinabalu menyaksikan Rachel Richard mengalahkan Syaireezatul Addryana 3-0.

KK juga dominasi empat tempat teratas kategori bawah 13 tahun lelaki. Clement Richard mengalahkan Jedidiah Kwan 3-2 (9-11, 11-4, 11-5, 11-13, 11-7) difinal manakala Gary Fitzgerald menewaskan Jeremy Wong pada penentuan tempat ketiga dan keempat.
 

 Juara bawah 17 tahun, Mohd Akid (kanan) bersama Pang.
JUARA: Juara bawah 17 tahun, Mohd Akid (kanan) bersama Pang.

Euodia Lai menjuarai kategori bawah 13 tahun perempuan dengan menewaskan Amber Kristy Muyou manakala Velcy Veon dan Liew Hui Xin (Sandakan) melengkap senarai empat kedudukan teratas.

Pemain pilihan keempat, Issac Alfred pula membuat kejutan apabila menjuarai kategori bawah 11 tahun lelaki dengan menumpaskan pemain pilihan ketiga Alfie Ridzqi 3-0 manakala pemain pilihan utama, Eugene Lee dan Thien Kim Jet (Sandakan) di tempat ketiga dan keempat.

Kategori bawah 11 tahun perempuan yang dijalankan secara liga satu pusingn pula menyaksikan Clarabelle Funk muncul juara diikuti Cahya Dynara dan Branice Chin, semuanya dari Kota Kinabalu manakala Farisha Irdina (Tawau) di tempat keempat.

Kategori bawah 9 tahun lelaki dijuarai Oswald Wong, kedua Ean Lee, ketiga Toh Wen dan keempat Mohd Zidane, semuanya dari Kota Kinabalu manakala bahagian wanita dijuarai Marion Jesse (KK), kedua Francine Ava (KK), ketiga Sarah Syahirah (Tawau) dan Velca Vionnie Aloysius (KK).

Kejohanan selama tiga hari itu disertai 88 pemain.

Majlis penutupan disempurnakan Presiden Persatuan Skuasy Sabah, Datuk Charles O Pang. Turut bersama ialah ahli jawatankuasa persatuan.

Chares gembira kerana kejohanan itu bukan sahaja terlaksana dengan sukses tetapi pemain-pemain juga menunjukkan peningkatan prestasi.

"Kejohanan ini adalah persiapan baik bagi menghadapi kejohanan kebangsaan awal tahun depan," katanya sambil berterima kasih kepada sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah terhadap persatuan.

  • oleh
  • Advertisement