Anda di sini

Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap PETRONAS 

Advertisement
 

KUCHING: Komtroler Cukai Jualan Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak hari ini memfailkan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap PETRONAS di Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata tindakan tersebut diambil susulan kegagalan PETRONAS membayar Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998. 

Susulan itu Hasidah menerusi kenyataan media menegaskan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan selain memulakan tindakan undang-undang bagi menuntu cukai yang belum dibayar oleh syarikat pengeluar minyak utama negara tersebut. 

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberikan tempoh sehingga 31 Oktober kepada PETRONAS untuk membayar SST sebanyak lima peratus yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. 

  • oleh
  • Advertisement