Anda di sini

Kerajaan negeri salur RM46 juta Bantuan Am dan Anak Yatim

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Sebanyak RM46 juta peruntukan Bantuan Am dan Bantuan Anak Yatim disediakan kerajaan negeri tahun ini melibatkan seramai 21,426 penerima.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif berkata, jumlah berkenaan melibatkan seramai 19,066 penerima Bantuan Am dan 2,360 penerima Bantuan Anak Yatim.

Katanya, daripada jumlah peruntukan yang disediakan itu, sebanyak RM3.8 juta sudah dibelanjakan untuk kedua-dua bantuan.

"Peruntukan turut diterima dari kerajaan Persekutuan untuk enam jenis bantuan termasuklah Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Elaun Pekerja Cacat (EPC).

"Bantuan lain yang disalurkan kerajaan Persekutuan adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan Pesakit dan OKU Terlantar (BPT)," katanya menjawab soalan Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar (BERSATU-Kawang) mengenai jumlah peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, tahun ini kira-kira RM144 juta peruntukan diterima dan bantuan berkenaan dijangka akan meningkat berdasarkan kelulusan kadar baharu yang diluluskan Kabinet negeri bermula Januari 2020.

  • oleh
  • Advertisement