Anda di sini

Enam spesies baharu ikan terancam pupus disenarai dalam perlindungan akta perikanan

Advertisement
 Mohd Yusof (tengah) menyerahkan poster enam spesies terancam kepada AK Narudin (kanan) disaksikan Lawrence (kiri).
POSTER: Mohd Yusof (tengah) menyerahkan poster enam spesies terancam kepada AK Narudin (kanan) disaksikan Lawrence (kiri).

KOTA BELUD: Terdapat enam spesies baharu ikan telah disenaraikan tahun ini dalam Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999, Akta Perikanan 1985.

Penolong Pengarah Pengurusan Sumber Marin Jabatan Perikanan Sabah Lawrence Kissol berkata, adalah menjadi kesalahan memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport atau mengangkut enam spesies ikan laut berkenaan mengikut peraturan tersebut.

“Sabit kesalahan di bawah Sekyen 25(b) Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekalu,” katanya.

Menurut Lawrence enam spesies itu termasuk empat spesies ikan yu terancam iaitu Carcharhinus longimanus (yu sirip putih besar), Sphyrna zygaena (yu tuul), Sphyrna mokarran (yu tukul parang), Eusphyra blochii (yu tukul palang) dan dua spesies pari iaitu Mobula birostris (pari tanduk) dan Mobula alfredi (pari tanduk).

Lawrence menegaskan demikian kepada pemberita selepas memberi ceramah tentang Program Sosialisasi Penyenaraian Spesies Terancam Baharu Di Bawah Akta Perikanan 1985 di Pejabat Perikanan Kota Belud di sini semalam.

Program Sosialisasi Jabatan Perikanan Sabah itu dijalankan di kesemua 17 daerah marin Sabah 2019 yang dilancarkan di Tawau pada 6 November lalu.

"Tujuan program itu adalah memberi penerangan kepada masyarakat khasnya nelayan, penjual pasar dan masyarakat agar memberi kerjasama dengan kerajaan untuk menjaga populasi spesies terancam itu," katanya.

Poster khas bagi enam spesies terancam yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia akan diletakkan pelbagai tempat strategik di Sabah termasuk pasar-pasar.

Program sosialisasi yang diketuai bersama Lawrence Kissol dan  Ernest Jinuat dari Pejabat Pengurusan Sumber Marin itu telah memberi penjelasan kepada warga Pasar Ikan Kota Belud.

Turut hadiri Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah Mohd Yusof Anthony Abdullah yang juga mewakili penyampaian poster kepada Pejabat Perikanan Daerah Kota Belud dan Penguasa Perikanan Daerah AK Narudin Pg. Nasib.

 Sosialisasi Penyenaraian Spesies Terancam Baharu Di Bawah Akta Perikanan 1985.
SENARAI: Sosialisasi Penyenaraian Spesies Terancam Baharu Di Bawah Akta Perikanan 1985.
  • oleh
  • Advertisement