Anda di sini

Alya Nabilah pelajar terbaik UPSR SK Miri

Advertisement
Alya menunjukkan slip keputusan bersama ibu, Ratnawati Idris, Hazrul dan Guru Besar,Sapri Paee.
Alya menunjukkan slip keputusan bersama ibu, Ratnawati Idris, Hazrul dan Guru Besar,Sapri Paee.

MIRI: Jangan tinggal solat dan taat kepada ibu bapa antara rahsia kejayaan pelajar terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Miri, Alya Nabilah Hazrul.

Alya mendapat 5A1B untuk peperiksaan itu dan mahu melanjutkan pelajaran menengah di SM Sains Miri.

Walaupun terkilan mendapat B untuk Bahasa Melayu (Kefahaman), Alya tetap gembira dan bersyukur.

Beliau mendapat A untuk subjek  Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Matematik dan Sains.

Berkongsi kegembiraan, ayah, Hazrul Abdullah turut menasihatkan Alya untuk tidak melawan cikgu serta fokus di dalam kelas ketika cikgu mengajar.

Anak bongsu dari tiga adik beradik itu bercita-cita menjadi seorang peguam.

Penerima Anugerah Khas - Anugerah Murid Contoh ketika majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) pada 12 November lalu, Alya dikenali sebagai seorang pelajar berdedikasi, berkepimpinan tinggi, bersikap positif.

Beliau juga kerap mewakili sekolah dalam KoAkademik.

"Sebagai Yang Dipertua (PIBG) saya gembira dengan keputusan anak-anak SK Miri yang memberansangkan. Terima kasih terhadap doa-doa anda semua dan usaha guru-guru hebat SK Miri," jelas Hazrul.

Seramai 84 pelajar tahun enam sekolah itu mendapat keputusan peperiksaan mereka yang diumumkan pada jam 10 pagi.

  • oleh
  • Advertisement