Anda di sini

SSPGC Arab Republic of Egypt buka gelanggang baharu

Advertisement
 Gambar kenangan bersama ahli-ahli seni silat gayong Mesir.
KENANGAN: Gambar kenangan bersama ahli-ahli seni silat gayong Mesir.

KAHERAH, (Mesir): Seni Silat Pusaka Gayong Club Arab Republic of Egypt (SSPGC) sesi 2019/2020 telah mengadakan Majlis Perasmian Gelanggang baharu bertempat di Wisma Yayasan Sabah Kaherah Mesir, Abbas El-Akkad, Kaherah.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Hafiz Roslan, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti al-Azhar dan juga merupakan salah seorang ahli SSPGC Arab Republic of Egypt .

Majlis diserikan dengan persembahan demonstrasi silat oleh 10 orang ahli kelab yang sebahagiannya terdiri daripada jurulatih Seni Silat Pusaka Gayong Gelanggang Panji Alam cawangan Mesir.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Hafiz Datuk Dr. Hamzah al-Hafiz selaku Pegawai Tadbir Kanan Wisma Yayasan Sabah Kaherah.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sedikit jamuan ringan.

Sehingga hari ini, Seni Silat Pusaka Gayong Club Arab Republic of Egypt telah memiliki keahlian sebanyak lebih 250 orang ahli yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Nusantara dari Mesir termasuk Singapura dan Thailand.

Semoga dengan pembukaan gelanggang baru ini akan menarik lebih ramai penglibatan mahasiswa dan mahasiswi Mesir untuk terus mendalami ilmu persilatan.

Advertisement