Anda di sini

redONE hangatkan pertembungan Battle of the Reds

Advertisement
 Oh (lima dari kiri) semasa sidang media Sepetang Bersama Legenda The Reds di Kota Kinabalu semalam.
PENAJA: Oh (lima dari kiri) semasa sidang media Sepetang Bersama Legenda The Reds di Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU: Syarikat redONE Network Sdn Bhd (redONE) antara yang memainkan peranan menghangatkan pertembungan bersejarah pemain-pemain legenda dalam Battle Of The Reds (BOTR), Liverpool  menentang Manchester United di Stadium Likas malam ini.

Ketua Pemasaran dan Perdagangan redOne, Oh Keat Meng berkata, redONE telah menyediakan 5,000 tiket bernilai RM150 setiap satu kepada pelanggannya menyaksikan perlawanan yang julung kali diadakan di Malaysia berkenaan.

"Tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai masa atau kemampuan untuk menonton Manchester United atau Liverpool bermain secara langsung di Liga Perdana English. Memandangkan dua pasukan  bola sepak ini antara yang terhandal di dunia, kami gembira dapat membantu peminat-peminat tempatan berpeluang menyaksikan bekas-bekas pemain dan legenda secara dekat.

"Ianya juga satu bonus apabila redONE dan pasukan-pasukan ini berkongsi warna tema yang sama," kata Oh semasa majlis Sepetang Bersama Legenda The Reds di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang 4-18 November,  pelanggan baharu postpaid redONE yang mendaftar pascabayar dengan yuran komitmen bulanan RM28 dan ke atas telah diberikan tiket percuma bernilai RM150.

redONE secara eksklusif juga menawarkan para pelanggan setia yang terpilih peluang membeli tiket hanya dengan harga RM50.

Untuk rakan niaga dan ejen di Sabah, redONE memberikan sepasang tiket percuma sebagai ganjaran khas atas kerja keras mereka manakala bagi pengikut media sosial pula, satu kempen telah diadakan di laman Facebook rasmi redONE pada 11-18 November di mana 40 pasang tiket  dimenangi oleh mereka yang bertuah dengan hanya suka, kongsi dan komen pada pautan tersebut.

 Beberapa penyokong (barisan depan) bertuah bergandingan dengan pemain kedua-dua pasukan dalam permainan Foosball.
BERTUAH: Beberapa penyokong (barisan depan) bertuah bergandingan dengan pemain kedua-dua pasukan dalam permainan Foosball.

Kehadiran penyokong menerusi tajaan redONE itu tentunya akan menghangatkan lagi pertembungan kedua-dua pasukan.

Ia adalah pertembungn kedua mereka selepas kali pertama di Singapura pada Sabtu lalu di mana ianya dimenangi Liverpool 1-0.

Beberapa pemain kedua-dua pasukan yang turut bersama pada majlis itu juga membayangkan bahawa ia satu lagi pertembungan sengit dan menghiburkan dari kedua-dua pasukan.

Antara legenda MUFC yang akan beraksi ialah Teddy Sheringham, Ronny Johnsen, Eric Djemba Djemba, Wes Brown dan Clayton Blackmore.

Sambil itu, LFC akan menampilkan pemain legendanya seperti Steve McManaman dan  Emile Heskey serta Vladimir Smicer, John Arne Riise dan Luis Garcia iaitu barisan pemain yang menjuarai Liga Juara-Juara 2005 di Istanbul yang disifatkan sebagai kemunculan terakhir final terhebat.

  • oleh
  • Advertisement