Anda di sini

Penunggang motosikal maut dilanggar kereta

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas kemalangan.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas kemalangan.

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar kereta dalam satu kemalangan di Kilometer 22 Jalan Papar-Beaufort di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, kejadian jam 1.30 petang itu berlaku apabila mangsa yang juga warganegara Indonesia bersama seorang rakannya dalam perjalanan menuju ke Papar dari arah Beaufort.

“Ketika kejadian mangsa membelokkan motosikalnya untuk masuk ke simpang sebelah kanan sebelum hendak menyeberangi jalan.

“Motosikal mangsa kemudian dilanggar sebuah lori rigid 12 tan yang baru melalui sebuah jambatan berikutan pemandu lori tidak melihat motosikal berkenaan,” katanya.

Beliau berkata motosikal mangsa kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan disebabkan jarak terlalu dekat mangsa dilanggar sebuah kereta sedan yang tidak sempat menekan brek di laluan terbabit.

“Mangsa dan pemboncengnya yang tidak memakai topi keledar semasa kejadian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun mangsa berumur 20-an disahkan meninggal dunia.

“Pemandu kereta dan lori segera ke IPD Papar untuk melaporkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement