Anda di sini

Liverpool tumbangkan Manchester United

Advertisement
 Liverpool meraikan kejayaan menumpaskan Manchester United selepas majlis penyampaian hadiah oleh Tun Juhar.
RAI: Liverpool meraikan kejayaan menumpaskan Manchester United selepas majlis penyampaian hadiah oleh Tun Juhar.

KOTA KINABALU: Jaringan hatrik Luis Garcia membantu Liverpool menang 3-2 ke atas Manchester United dalam pertembungan Battle Of The Reds Di Stadium Likas malam ini.

Manchester United mendahului 1-0 hasil jaringan Danny Webber yang menyudahkan umpanan Dwight York di depan gawang pada minit kesembilan.

Masa sepenuh masa permainan hanya 70 minit (35 minit setiap separuh masa).

Ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, Liverpool bangkit pada babak kedua dengan Luis Garcia muncul wira mencatat jaringan hatrik.

Luis menyamakan kedudukan dengan percubaan kencang di depan gawang hasil umpanan cantik John Durnin pada minit ke-52.

 Juhar diperkenalkan  kepada pemain.
DIPERKENALKAN: Juhar diperkenalkan  kepada pemain.

Luis kemudiannya meletakkan Liverpool 2-1  dengan menewaskan penjaga gol Manchester United, Paul Rachubka dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-61.

Ketika menanti wisel, Luis dengan gerakan solo menewaskan Rachubka buat kali ketiga sekaligus melengkapkan jaringan hatriknya.

Manchester United bagaimanapun turut sempat menambah jaringan menerusi York sebelum wisel penamat.

TYT Tun Juhar Mahiruddin antara kira-kira 6,000 penonton menyaksikan perlawanan antara dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain legenda itu dari awal.

 Barisan pasukan Manchester United.
MANTAP: Barisan pasukan Manchester United.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bersama beberapa  menteri Kabinet juga datang lewat selepas persidangan Dewan Undangan Negeri selesai.

MUFC: Paul Rachubka, Wes Brown, Keith Gillespie, Ben Thornley,  Clayton Blackmore, Ronny Johnsen, Eric Djemba Djemba, , Lee Martin, Denny Webber,  Jonathan Greening,  Dwight Yorke, Teddy Sheringham, Russel Beadsmore, Erik Nevland, Michael Gray.

Liverpool: David James,  Luis Garcia, Vladimer Smicer, David Thompson, Jermaine Pennant, John Durnin, Phil Babb, Jason Mcateer, , Bjorn Kvarme, Steve McManaman, Micheal Thomas, Nicola Ponza, John Beresford, Emile Heskey, Paul Walsh, Fabio Aurelio, Don Hutchison.

 Barisan pasukan Liverpool.
MASIH BERBISA: Barisan pasukan Liverpool.
  • oleh
  • Advertisement