Anda di sini

Letupan di lombong batu arang China ragut 15 nyawa

Advertisement
 Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat selepas letupan di lombong batu arang di daerah Pinyao, wilayah Shangxi, China semalam. — Gambar Wei Liang-CNS/Reuters
DARURAT: Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat selepas letupan di lombong batu arang di daerah Pinyao, wilayah Shangxi, China semalam. — Gambar Wei Liang-CNS/Reuters

BEIJING: Satu letupan di lombong batu arang me-ngorbankan 15 orang di wilayah Shanxi, utara China, media kerajaan melaporkan semalam.

Sembilan orang lagi cede-ra dalam letupan gas itu pada petang kelmarin, yang berlaku dalam sebuah lombong milik Shangxi Pingyao Fengyan Coal & Coke Group Co, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Xinhua melaporkan 35 pelombong bekerja di bawah tanah ketika letupan itu berlaku tetapi 11 pelombong berjaya menyelamatkan diri.

Pelombong cedera ber-ada dalam keadaan stabil dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan, kata Xinhua.

Nahas lombong yang berdarah biasa berlaku di China, di mana industri itu memiliki rekod keselamatan yang buruk.

Di satu mesyuarat pada minggu lepas, Majlis Negara – kabinet China – meng-arahkan “operasi khas untuk mengambil tindakan ke atas isu-isu keselamatan berkaitan pengeluaran” bagi “menambah baik seterusnya ke-selamatan di tempat kerja”, Xinhua melaporkan.

Pada Disember 2018, tujuh pelombong terkorban di perbandaran barat daya Chongqing selepas segmen penghubung bagi loncatan lombong terputus dan terjatuh ke bawah terowong lombong.

Pada Oktober 2018, 21 pelombong maut di wilayah timur Shandong selepas tekanan di dalam sebuah lombong menyebabkan batu retak dan pecah, menyekat terowong dan memerangkap pekerja. Hanya seorang pelombong berjaya dise-lamatkan.

Pada Disember 2016, letu-pan dalam dua lombong batu arang berasingan di wilayah Inner Mongolia dan di wilayah timur laut Heilongjiang mengorban-kan sekurang-kurangnya 59 orang. — AFP

Advertisement