Anda di sini

Lapan PTI ditahan dalam Ops Bersepadu sekitar bandaraya

Advertisement

KOTA KINABALU: Lapan pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam satu Operasi Bersepadu selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi yang dijalankan di lima kawasan sekitar sini memeriksa keseluruhan 28 individu.

“Sebaik pemeriksaan dokumen dijalankan, polis melepaskan 20 individu selepas ahli keluarga serta majikan memberikan kerjasama menunjukkan dokumen sah manakala lapan individu tidak mempunyai dokumen ditahan.

“Kesemua suspek warga Filipina berumur 14 hingga 42 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tangkapan yang terlibat penyalahgunaan dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya operasi selama lima jam dijalankan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan RELA, Imigresen, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

  • oleh
  • Advertisement