Anda di sini

Galakkan pelajar terlibat dalam inovasi

Advertisement
 Yusof (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar. Diperhatikan oleh Jasmine (kiri).
SUMBANGAN: Yusof (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar. Diperhatikan oleh Jasmine (kiri).

KOTA KINABALU: Gologan pelajar khususnya dari Sabah digalakkan menyertai pertandingan inovasi yang dilihat akan mampu mengembangkan ekonomi negeri.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata kementeriannya mengambil langkah positif dan serius mengembangkan inovasi dalam kalangan para pelajar di negeri ini.

"Kita mahu anak-anak sabah menyertai pertandingan inovasi seperti ini dan kita berharap hasil dari inovasi ini dapat dikembangkan dan kita bekerjasama dengan industri agar dapat menjana ekonomi.

"Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah mengambil langkah positif  dan serius untuk mengembangkan perkara ini," katanya ketika bercakap kepada media selepas menerima lawatan daripada rombongan peserta Advance Innovation Global Competition yang diketuai oleh Ketua Penyelaras Pusat Tauliah Kolej Vokasional Keningau, Ts. Amirullah Abdul Karim.  

Kumpulan pelajar itu yang berjaya menghasilkan inovasi yang dinamakan 'Fuel Injector Cleaner Device for EFI Engine' memenangi pingat perak dalam pertandingan Advance Innovation Global Competition yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2019 di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura yang disertai oleh 121 pasukan dari seluruh dunia.

Peserta program terdiri dari pelajar Jurusan Teknologi Automotif Kolej Vokasional Keningau iaitu Mohammad Akmal Hadi Haidon, Joel Damilie dan Herichller Wong yang berasal dari Keningau dan Tenom.

Kumpulan pelajar yang menghasilkan inovasi yang dinamakan 'Fuel Injector Cleaner Device for EFI Engine' memenangi pingat perak dalam pertandingan Advance Innovation Global Competition yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2019 di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura yang disertai oleh 121 pasukan dari seluruh dunia.

Turut hadir dalam lawatan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah Jasmine Teo dan tiga orang pensyarah pengiring dari Kolej Vokasional Keningau. - Penerangan.

Advertisement