Anda di sini

Bina Pusat Kebudayaan Tawau tarik lebih ramai pelancong

Advertisement
NIZAM
NIZAM

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mencadangka supaya dibina sebuah Pusat Kebudayaan Tawau sebagai produk pelancongan baharu Sabah.

Beliau berkata cadangan pembinaan itu wajar memandangkan Tawau menganjurkan festival kebudayaan antarbangsa setiap tahun.

Selain itu, beliau juga bimbang mengenai isu pengemis di Bandar Tawau yang dilakukan oleh orang Palau'h yang semakin tidak terkawal sejak kebelakangan ini.

"Keadaan ini tidak memberikan imej baik kepada bandar Tawau di mata pelancong yang kadang-kadang kelakuan mereka seperti memaksa orang yang lalu lalang untuk memberikan duit khususnya di depan premis bank.

"Ini juga membahayakan keselamatan lalu lintas yang mana pengemis itu sendiri menjadi risiko kemalangan sekiranya dilanggar oleh kenderaan," katanya ketika membahas Belanjawan Negeri 2020 di persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini semalam.

Beliau berkata, Tawau juga berhadapan dengan masalah bekalan air sehingga mampu menjejaskan pertumbuhan ekonomi  bandar itu.

Katanya, gangguan bekalan air bersih sering belaku di Tawau khususnya kawasan seperti Batu 6 Jalan Apas, Kampung Jawa Kongsi 10, Tinagat, Batu Payung, Ranggu, Membalua, Taman PPR Sri Apas Batu 8, Bandar Sri Indah dan sekitarnya.

"Banjir kilat juga menjadi masalah utama bandar Tawau yang mana bencana itu sering berlaku di kawasan saya di Batu 2, 3 dan 4 Jalan Apas.

"Satu usaha secara bersama perlu dilakukan oleh agensi kerajaan dan kementerian terlibat perlu duduk berbincang serta buat kajian secara menyeluruh," katanya.

  • oleh
  • Advertisement