Anda di sini

645 sertai Kejohanan Taekwondo MBV

Advertisement
 Phoong (tiga dari kanan) menerima cenderahati Kemeja-T Kelab Taekwondo MBV dari bendahari kelab Emmanuel Lim disaksikan Barry (dua dari kanan) serta ahli majlis tertinggi kelab semasa Kunjungan Hormat di Pejabat KBS Sabah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu baru-baru ini.
CENDERAHATI: Phoong (tiga dari kanan) menerima cenderahati Kemeja-T Kelab Taekwondo MBV dari bendahari kelab Emmanuel Lim disaksikan Barry (dua dari kanan) serta ahli majlis tertinggi kelab semasa Kunjungan Hormat di Pejabat KBS Sabah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Seramai 645 atlet akan bertarung pada Kejohanan Taekwondo Jemputan MVB 2019 di Palm Square, Center Point Sabah (CPS) di  sini, 22-24 November ini.

Edisi ketiga kejohanan itu menawarkan 96 pingat emas melibatkan empat peringkat umur iaitu 9-11 tahun, 12-14 tahun, 15-17 tahun dan 18 tahun ke atas kategori lelaki dan perempuan.

“Disiplin tempur untuk peringkat umur 9-11 tahun, 12-14 tahun dan 15-17 tahun masing-masing menawarkan 10 pingat emas, manakala untuk peringkat umur 18 tahun ke atas ianya menawarkan 8 pingat emas untuk kategori lelaki dan perempuan.

“Selain ini, kejohanan ini juga mempertandingkan disiplin seni atau `poomsae’ melibatkan acara perseorangan lelaki dan perempuan, acara campuran serta acara berpasukan lelaki dan perempuan untuk setiap peringkat umur,” kata ketua jurulatih Kelab Taekwondo MBV Sabah, Master Barry Voon.

“Selain penyertaan dari seluruh negeri Sabah, kejohanan tiga hari ini juga akan melibatkan penyertaan atlet dari negeri jiran Sarawak, selain dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kejohanan dwi tahunan ini diperkenalkan pada tahun 2015 di mana kejohanan sulung yang berlangsung di Dewan Masyarakat Damai, Luyang itu dijuarai oleh pasukan Borneo Tiger dari Lahad Datu.

“Dua tahun lalu semasa kejohanan edisi kedua berlangsung di Putatan, pasukan tuan rumah MBV muncul selaku juara keseluruhan,” katanya.

Menurutnya, Majlis Perasmian Penutupan kejohanan itu dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Phoong Jin Zhe di medan pertandingan bermula 3.00 petang.

“Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan lagi suasana pertandingan selain menanam minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri ini,” katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement