Anda di sini

350 peserta jayakan UMSKAL Graduate Night Run 2019

Advertisement
 Prof Dr Murnizam, Zamri dan Mas Adi bersama peserta UMSKAL Graduate Night Run 2019.
PESERTA: Prof Dr Murnizam, Zamri dan Mas Adi bersama peserta UMSKAL Graduate Night Run 2019.

LABUAN: Seramai 350 peserta dari dalam dan luar Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Graduate Night Run sempena Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2019 pada 17 November lalu.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan Prof Dr Murnizam Haji Halik bersama Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah jam 7 malam di Menara UMSKAL.

Manakala majlis penyampaian cabutan bertuah oleh Penolong Pendaftar Kanan UMSKAL Mas Adi Alimin.

Penyelaras Graduate Night Run Jasri Japar yang juga pembantu Belia dan Sukan UMSKAL berkata, larian sejauh 7 kilometer itu dianjurkan Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL yang diketuai oleh Ketua Sektor Ahmad Fadly Abd Rahman.

Beliau mengucapkan terima kasih 30 orang sukarelawan sukan UMSKAL yang membantu menjayakan program yang julung kalinya diadakan pada waktu malam itu.

“Kehadiran peserta dari luar turut mempromosikan UMSKAL sekaligus membantu menjana ekonomi dan merancakkan lagi industri pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Advertisement