Anda di sini

11 pelajar KV Likas tamat latihan dalam Teknologi Kimpalan

Advertisement
 Suraimi (duduk, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama para penerima sijil.
KENANGAN: Suraimi (duduk, tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama para penerima sijil.

KOTA KINABALU: Seramai 11 pelajar Kolej Vokasional (KV) Likas berjaya menamatkan latihan dalam jurusan Teknologi Kimpalan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia Suraimi Rithwan berkata, Projek Link adalah Latihan Perindustrian Jurukimpal yang mempunyai objektif untuk membantu anak-anak muda tempatan khususnya di negeri Sabah.

"Penubuhannya adalah untuk menjadikan anak-anak ini seorang jurukimpal yang berkelayakan, berketerampilan dan berkemahiran.

"Hal ini berikutan pada awal tahun 1991, negara kita secara amnya telah mengalami kekurangan jurukimpal yang berkelayakan dan situasi yang sama turut dialami di Sabah apabila kurangnya bilangan jurukimpal dalam kalangan anak-anak tempatan.

"Oleh itu, bagi menyelesaikan permasalahan ini, pihak Sabah Shell telah mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dengan menawarkan Projek Link dengan harapan agar projek ini mampu melahirkan lebih ramai jurukimpal di Sabah," katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Projek Link KV Likas 2019 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia (Bahagian Pembangunan Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia - Kolej Vokasional Likas) dengan Sabah Shell Petroleum Company Limited telah ditandatangani pada 23 Ogos 2019.

Katanya, hal ini cukup membuktikan bahawa pihak BPTV khasnya begitu komited dan menyambut baik kerjasama seperti ini.

Menurutnya, ia bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan dengan pihak industri, malah dapat melahirkan modal insan yang amat diperlukan demi pembangunan dan kesejahteraan negara Malaysia.

"Ia selaras dengan matlamat TVET dalam membentuk asas melahirkan melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan," katanya.

Katanya, kerajaan percaya bahawa kerjasama ini dapat mewujudkan tenaga kerja pakar baharu dalam mempelajari teknologi terkini yang mempunyai 'spillover effect' atau kesan limpahan yang akan mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan teknologi di sektor-sektor lain seperti pertanian, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya.

  • oleh
  • Advertisement