Anda di sini

Serapi Bayu bekerjasama dengan UNIMAS untuk kembangkan jenama ‘Bayu Kelulut’

Advertisement
 Sesi pertukaran dokumen MoA di antara Md Nasir (dua kiri) dan Samsur (dua kanan).
KERJASAMA: Sesi pertukaran dokumen MoA di antara Md Nasir (dua kiri) dan Samsur (dua kanan).

KUCHING: Serapi Bayu Sdn Bhd (Serapi Bayu), sebuah syarikat tempatan memfokus kepada pelancongan agro madu kelulut sebagai industri hiliran telah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia merupakan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan jenama ‘Bayu Kelulut’ bagi pasaran tempatan dan luar negara.

Pihaknya telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) antara kedua-dua pihak bagi tujuan tersebut yang berlangsung pada Majlis Pelancaran ‘ASEAN Young Entrepeneurs Forum 2019’ (AYEF’19) di sini.

UNIMAS diwakili Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Profesor Madya Dr Samsur Mohamad manakala Serapi Bayu diwakili Pengerusinya Kapten (B) Md Nasir Md Zain.

Menerusi MoA itu juga, UNIMAS akan menawarkan kepakarannya dalam bidang penyelidikan dan analisis berkaitan madu kelulut.

Manakala Serapi Bayu pula menawarkan keperluan dari segi sumber penyelidikan tempatan bagi kegunaan penyelidikan dan pembelajaran pelajar UNIMAS yang merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Kerjasama itu juga termasuk dalam usaha membangunkan standard dan sistem pengklasifikasian/penggredan madu kelulut serta bersama-sama dalam kolaboratif antarabangsa Malaysia-China.

Penyelidikan akan dijalankan para Penyelidik UNIMAS iaitu Profesor Zainab Ngaini, Profesor Madya Dr Hasnain Hussain dan Dr Rafeah Wahi.

Advertisement