Anda di sini

Seramai 368 perenang bakal bertarung

Advertisement
 Kuo (tengah), Ngui (kanan) dan Hii pada sidang media di Sibu semalam.
BERSEDIA: Kuo (tengah), Ngui (kanan) dan Hii pada sidang media di Sibu semalam.

SIBU: Sebanyak 11 pasukan terdiri 368 perenang mengambil bahagian pada Kejohanan Renang Antara Kelab Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai 2019 di Kolam Renang Bukit Lima di sini pada 23 dan 24 November ini.

Daripada jumlah keseluruhan peserta tersebut, seramai 215 adalah lelaki manakala 153 adalah wanita.

Pengerusi Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA), Oliver Kuo berkata 11 pasukan itu adalah kelab dan persatuan di Sarawak manakala kelab dari Sabah dan Brunei Darussalam masing-masing menghantar satu pasukan.

“Piala ini adalah acara tahunan Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) dan tahun ini, SASA diberi penghormatan untuk menganjurkan acara ini.

“Semua persediaan sudah siap dan kami hanya menunggu tarikh pertandingan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Di samping itu, Kuo menjelaskan pasukan dari Sabah (Kelab Kolam Naga Laut) dan Brunei Darussalam (Kelab Renang Prestasi Puncak) mewakili kelab dan bukan negara mahupun negeri.

Kategori pertandingan dibahagikan kepada Kumpulan A berumur 15-17 tahun, Kumpulan B (13-14 tahun), Kumpulan C (11-12 tahun), Kumpulan D (9-10 tahun) dan Kumpulan E (8 tahun ke bawah) bersaing dalam 84 acara.

Sementara itu, pengerusi penganjur Basil Ngui memberitahu selain 11 pasukan berentap penampilan khas lima perenang olimpik khas menjadi tumpuan kali ini.

Bagaimanapun, beliau berkata lima perenang olimpik khas akan diberi medal penyertaan kerana mereka mengambil bahagian untuk tidak bersaing tetapi mendapatkan pendedahan awal.

Ngui memaklumkan kolam renang itu ditutup dari 22 hingga 24 November ini dan orang ramai dialu-alukan menyaksikan pertandingan tersebut.

Bagi kontinjen SASA kali ini, mereka menghantar seramai 74 perenang terdiri 45 lelaki dan 29 wanita.

Ngui berkata, juara bertahan Power Aquatics Swimming Club (PASC) dari Kuching juga menghantar perenang kuat bersaing.

Beliau memberitahu PASC mengungguli kejohanan tersebut pada tahun lalu di Kuching.

Hadir sama Setiausaha SASA, Tonny Hii.

  • oleh
  • Advertisement