Anda di sini

Seorang maut dalam pertempuran di utara Syria

Advertisement
 Anggota tentera Turki berkawal semasa penduduk mengadakan bantahan mengecam kehadiran mereka di bandar al-Bab di wilayah utara Aleppo, kelmarin. — Gambar AFP
GENTING: Anggota tentera Turki berkawal semasa penduduk mengadakan bantahan mengecam kehadiran mereka di bandar al-Bab di wilayah utara Aleppo, kelmarin. — Gambar AFP

BEIRUT: Seorang warga awam telah terbunuh dalam pertempuran kelmarin di antara penunjuk perasaan dan polis di Al-Bab, sebuah pekan yang dikawal oleh pasukan tentera pro-Ankara di utara Syria, menurut sebuah badan pemerhati perang.

Syrian Observatory for Human Rights yang berpusat di Britain menyatakan kematian berlaku ketika  penduduk riuh untuk menghampiri seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam  satu serangan berdarah yang berlaku pada  hari sebelumnya.

Sebutir bom kereta pada Sabtu lepas membunuh 19 orang, 13 daripada mereka adalah orang awam, ketika ia menyasari sebuah stesen bas dan teksi di Al-Bab, kira-kira 30 kilometer di timur laut Aleppo, lapor Observatory.

Serangan turut menyebabkan 33 orang tercedera, sebahagian daripada mereka dalam keadaan serius.

“Polis tempatan telah menahan seorang suspek selepas memerika kamera pengawasan di kawasan dan membawa dia ke ibu pejabat mereka dengan niat hendak menyerahkannya kepada pihak tentera Turki,” ketua Observatory Rami Abdel Rahman memberitahu AFP.

Kemarahan yang muncul di kalangan penduduk, mendesak ratusan orang melakukan bantahan di luar ibu pejbat polis  bagi menuntut supaya suspek dihukum mati di Al-Bab, dengan beberapa orang penunjuk perasaan cuba untuk menyerbu masuk ke dalam stesen.

Pihak polis melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan orang ramai, membunuh seorang dan mencederakan seorang lagi, menurut Observatory.

Seorang jurugambar AFP menyatakan beberapa orang melontar batu ke arah ibu pejabat, yang dilindungi oleh blok konkrit, dan bahawa sebuah kenderaan tentera telah terbakar berhampiran kawasan itu.

Terdapat tiada pengakuan segera bagi siapa yang bertanggungjawab untuk pengeboman.

Namun di Turki pada Sabtu lepas telah mempersalahkan serangan terhadap Kurdish People’s Protection Units (YPG) yang mana ia telah melancarkan satu penaklukan di timur pada bulan lepas.

Pihak Observatory menyatakan terdapat insiden keselamatan yang tetap di Al-Bab sejak penawanannya oleh pasukan tentera Turki dari kumpulan Islamic State pada Februari 2017.

Pekan tersebut merupakan salah satu dari kubu kuat paling barat kerajaan yang diakui sendiri oleh pihak pelampau, yang akhbarnya telah dirampas sepenuhnya oleh pasukan tentera Kurdis dibantu oleh AS di timur Syria pada Mac.

Memetik kepada sumber tempatan, Abdel Rahman menyatakan suspek tidak mempunyai kaitan dengan pasukan tentera Kurdis, sambil menambah bahawa dia berasal dari sebuah kampung berhampiran dengan Al-Bab.

Beliau menyatakan suspek merupakan seorang anggota IS ketika ia mengawal wilayah dan bahawa dia kemudian menyertai sebuah kumpulan pro-Ankara. — AFP

Advertisement