Anda di sini

Salurkan dana kepada Tabung Pahlawan PBTM Miri

Advertisement
 Nelus (kiri) melakukan simbolik pelancaran Kempen Tabung Pahlawan untuk membiayai kerja pengubahsuaian rumah persatuan sambil diperhatikan ahli-ahli yang lain.
DERMA: Nelus (kiri) melakukan simbolik pelancaran Kempen Tabung Pahlawan untuk membiayai kerja pengubahsuaian rumah persatuan sambil diperhatikan ahli-ahli yang lain.

MIRI: Bagi mengenang jasa perwira negara, orang awam di sini dipelawa menyalurkan bantuan kewangan kepada Tabung Pahlawan yang dilancarkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Miri.

Ketua Cawangan PBTM Nelus Nyelang berkata, wang kutipan itu akan digunakan bagi membiayai kerja mengubah suai dan memulihkan rumah persatuan yang baharu diluluskan.

Beliau berkata, rumah persatuan yang merupakan bekas kuarters Shell di Kem Piasau diluluskan Residen Miri untuk dijadikan pejabat dan pusat aktiviti.

Katanya, sebelum ini persatuan terpaksa menyewa dan berpindah randah di sekitar Miri sejak penubuhan beberapa tahun lalu.

“Sumbangan kepada Tabung Pahlawan walau sekecil manapun besar pengertiannya dan dapat diterjemahkan sebagai penghargaan kepada veteran pahlawan-pahlawan negara yang telah berkorban tenaga, keringat dan darah dalam menjaga dan mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman musuh.

“Sehubungan itu kami merayu kepada orang awam untuk bermurah hati menderma walaupun RM1 bagi membolehkan kami melaksanakan kerja-kerja menaik taraf tersebut,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Kempen Tabung Pahlawan di Kelab Gymkhana Miri (GCM) di sini, kelmarin.

Nelus menambah, pusat itu akan memberi manfaat kepada ahli daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara yang sudah bersara di sini.

Setakat ini PBTM Miri mempunyai kira-kira 250 ahli.

Pada majlis tersebut, Nelus turut menyampaikan kad keahlian kepada ahli baharu persatuan.

Advertisement