Anda di sini

Kesedaran, advokasi pendidikan seksual penting cegah kehamilan

Advertisement
 Kesedaran dan  Advokasi Pendidikan Seksual di Sri Aman.
PROGRAM SOSIAL: Indit (duduk, tengah) bersama guru, pelajar dan ibu bapa pada Majlis Penutupan Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual di Sri Aman.

KUCHING: Program kesedaran dan advokasi pendidikan seksual penting sebagai usaha mencegah kehamilan dalam kalangan pelajar.

Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai berkata, tanggungjawab membendung isu sosial termasuk kehamilan remaja bukan hanya terletak kepada kerajaan negeri namun tanggungjawab semua.

“Justeru, semua pihak perlu berganding bahu mempertingkat usaha menangani masalah remaja hamil dan isu sosial lain.

“Ia boleh dilakukan menerusi kerjasama agensi-agensi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada Penutupan Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual Bahagian Sri Aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga di sini.

Indit menambah, melalui kerjasama erat bersama pihak berkaitan termasuk ibu bapa dan guru, masa depan pelajar lebih terjamin daripada gejala sosial.

Mengenai program itu, beliau memuji komitmen kerajaan negeri mengurangkan kes remaja hamil di Sarawak.

Advertisement