Anda di sini

Juragan warga Indonesia ditahan tidak miliki dokumen sah

Advertisement
 Bot tunda yang ditahan maritim kerana pelbagai kesalahan.
TANGKAP: Bot tunda yang ditahan maritim kerana pelbagai kesalahan.

TAWAU: Seorang juragan bot tunda ditahan Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah di perairan Bombalai, di sini.

Pengarah Zon Maritim Kapten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot tunda berkenaan ditahan oleh pihak Zon Maritim Tawau semasa melakukan rondaan dan pemeriksaan rutin di kawasan itu kira-kira jam 3.15 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati terdapat seorang juragan berumur 23 tahun warganegara Indonesia berada di atas bot tunda terbabit," katanya dalam kenyataan  medianya di sini semalam.

Menurutnya, setelah diperiksa juragan terbabit tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan mempunyai dokumen yang meragukan sebagai juragan bot tunda disamping  gagal memaklumkan pertukaran nakhoda kepada pihak berkuasa.

"Juragan dan bot tunda terbabit ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutnya.

SIVA
SIVA

"Kesalahan juragan berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.

Siva berkata Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa untuk memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau 089-752115 atau talian bantuan kecemasan MERS 999.

  • oleh
  • Advertisement