Anda di sini

Blueprint Pertanian Sabah selaras dengan hala tuju kerajaan baharu

Advertisement
JUNZ WONG
JUNZ WONG

KOTA KINABALU: Blueprint Pertanian Sabah adalah rangka tindakan sektor pertanian negeri dibangunkan selaras dengan hala tuju bidang keberhasilan utama serta aspirasi kerajaan baharu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, ia juga adalah rujukan utama untuk membangunkan sektor pertanian dengan cara komprehensif.

"Ia mengandungi strategi dan sasaran untuk setiap subsektor pertanian, penternakan dan perikanan serta cadangan pelaksanaan program serta projek bagi  merealisasikan matlamat telah ditetapkan oleh Kerajaan Sabah.

"Blueprint selari dengan Dasar Pertanian Sabah ke-3 (2017-2026) iaitu menambah baik jaminan keselamatan makanan, mengukuh pertumbuhan hasil keluaran dan memastikan kelestarian sumber ekonomi serta alam sekitar," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Matbali Musah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini.

Beliau berkata, penekanan juga diberikan terhadap keseluruhan rantai sektor pertanian dari pengeluaran asas sehingga pemasaran serta menumpukan kepada pewujudan tempat pembiakan rumput laut, balat, flower crab dan spesis hidupan marin lain.

Katanya, usaha itu turut fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan bagi menjamin benih berkualiti dan berdaya mampan.

"Bagi sektor tanaman, blueprint ini akan melibatkan pekebun kecil, badan berkaitan kerajaan dan swasta selaku 'anchor company'.

"Ini bagi memastikan kecekapan dalam pelaksanaan program tanaman," katanya.

  • oleh
  • Advertisement