Anda di sini

Badminton: Wong ungguli perseorangan lelaki terbuka

 Dr Abdul Rahman (depan enam kanan) Zaini (lapan kanan), Arni (tiga kanan) dan PBL bersama pemenang.
PEMENANG: Dr Abdul Rahman (depan enam kanan) Zaini (lapan kanan), Arni (tiga kanan) dan PBL bersama pemenang.

LIMBANG: Wong Tze Rong dari Lawas muncul juara perseorangan lelaki terbuka pertandingan Badminton Individu Tertutup Bahagian Limbang anjuran Persatuan Badminton Limbang (PBL) di Dewan Kampung Patiambun di sini kelmarin.

Naib juara dimenangi Israfi Galini (Limbang) manakala tempat ketiga bersama milik Razik Sarbini (Limbang) dan Guang Chung Ming dari Lawas.

Pemenang bagi kategori itu membawa pulang RM300 untuk juara, kedua menerima RM200 dan ketiga bersama masing-masing menerima RM100.

Bagi kategori beregu lelaki junior, pasangan Koh dan Joseph (Lawas) muncul juara sekali gus membawa pulang RM300, naib juara dimenangi beregu Mokhtar dan Basri (Limbang) menerima RM200 dan pasangan Albert dan Adrian (Lawas) serta Hasbullah dan Sahri (Limbang) di tempat ketiga bersama menerima RM100.

Sementara itu, Joseph dari Lawas memenangi perseorangan lelaki junior, diikuti Datu Haziq (Lawas) di tangga kedua dan

ketiga bersama dimenangi Albert (Lawas) Darwis (Limbang)  menerima RM200 (juara), RM150 (kedua) dan RM75 (ketiga).

Kategori beregu wanita, juara pasangan Dorothy dan Evelyn (Lawas) menerima RM300, pasangan Juliana dan Norhafizah (Limbang) di tangga kedua menerima RM200 dan pasangan Nija dan Asha (Limbang) dan Rini dan Putry (Lawas) menerima RM100.

Koh Dorothy (Lawas) muncul juara beregu campuran diikuti  pasangan Mardi dan Syahira (Limbang) tempat kedua manakala ketiga bersama dimenangi pasangan Hardi dan Haliah (Limbang) dan Asmah dan Khusairi (Limbang).

Kategori beregu veteran, Mokhtar dan Mazlan (Limbang) muncul juara diikuti Minggat dan Omit (Limbang) tempat kedua dan ketiga bersama dimenangi Zaini dan Mahadi (Limbang) dan Haris dan Hamran (Limbang).

Pemenang dua kategori itu membawa pulang wang tunai RM300 (juara), RM200 (kedua) dan ketiga bersama menerima RM100.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Pengerusi PBL, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut sama Timbalan Pengerusi PBL, Zaini Garip dan Setiausaha PBL, Arni Kassim.

Lebih 100 orang peserta menyertai kejohanan itu.