Anda di sini

241 pemain buru gelaran Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak 2019

Advertisement
Abang Johari (lima kanan) menyerahkan trofi kepada Hoan sambal disaksikan Snowdan (empat kiri), Sebastian (empat kanan), exco SGA, Kelab Golf Sarawak (KGS) dan pihak penganjur.
Abang Johari (lima kanan) menyerahkan trofi kepada Hoan sambil disaksikan Snowdan (empat kiri), Sebastian (empat kanan), exco SGA, Kelab Golf Sarawak (KGS) dan pihak penganjur.

KUCHING: Seramai 241 pemain remaja berusia 21 tahun ke bawah dari 23 negara bakal berentap dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak 2019 bagi merebut Piala Ketua Menteri Sarawak edisi ke-21 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 November ini di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya.


Dari jumlah itu, 156 peserta adalah pemain lelaki dan 85 perempuan dengan Malaysia menghantar penyertaan terbesar seramai 108 peserta.


Negara lain yang turut serta adalah Australia, Brunei, China, Taiwan, Perancis, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Jordan, Nepal, New Zealand, Norway, Filipina, Qatar, Singapura, Korea Selatan, Sweden, Tahiti, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.


Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA), Hoan Kee Hock berkata pihaknya sangat gembira kerana jumlah penyertaan dari 22 negara luar amat menggalakkan dengan kebanyakan negara menghantar jumlah peserta yang besar. 


Ujarnya, kejohanan itu sangat penting untuk disertai kerana pemain mahu mendapatkan mata ranking dunia bagi membolehkan mereka bertanding di kejohanan dunia yang lebih tinggi.


“Kita juga gembira kerana kejohanan ini mendapat sokongan dari Konfederasi Golf Asia Pasifik (APGC) yang merangkumi 48 ahli. Jadi kejohanan kita diiktiraf oleh APGC,” katanya selepas majlis penyerahan trofi disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Hoan, Sarawak akan menyenaraikan semua pemain SUKMA untuk mengambil bahagian dalam kejohanan selama tiga hari itu.


“Beberapa pemain SUKMA kita yang berlatih di luar negara akan kembali untuk menyertai kejohanan ini kerana hendak mendapatkan mata rangking dunia.


“Negara luar seperti Filipina, Indonesia dan Thailand juga akan menghantar skuad Sukan SEA sebelum kejohanan sebenar di Filipina pada Disember kelak.


“Kita menjangkan saingan menarik disajikan pemain-pemain remaja terkemuka dunia berentap nanti,” katanya sambal menambah SGA juga mensasarkan untuk menganjur lebih banyak kejohanan pada tahun hadapan.


Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.


 

  • oleh
  • Advertisement