Anda di sini

12 pakej projek lebuh raya Pan Borneo siap ikut jadual asal

Advertisement
PETER ANTHONY
PETER ANTHONY

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 pakej kerja pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo Sabah dijangka dapat disiapkan mengikut tempoh asal penyiapan pada Jun 2022.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, terdapat tiga lagi pakej itu hanya disiapkan selewat-lewatnya pada penghujung 2023.

"Sejak projek itu diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia daripada Projek Delivery Partnet (PDP) pada September lalu.

"Projek itu telah diserahkan kepada kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai agensi pelaksana," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini.

Ketika soalan tambahan dikemukakan oleh Limus, Peter menjelaskan pelantikan asal pada semua 12 pakej itu akan diberikan kepada kontraktor asal.

"Bagaimanapun, ianya berdasarkan persetujuan daripada kontraktor asal sama ada mereka sedia menerima harga baharu yang diputuskan," katanya.

Menurutnya, pakej-pakej lain berkaitan dengan projek berkenaan juga akan diberikan kepada kontraktor asal tetapi dengan persetujuan sama ada mereka menerima harga baharu yang ditawarkan.

  • oleh
  • Advertisement