Anda di sini

Serian Project Team, FC Ting berentap di final Liga Serian

Advertisement
 Serian Project Team mara ke perlawanan akhir kempen Liga Serian/Lea Sports Centre 2019 selepas menundukkan Marr SC 1-0 kelmarin.
KE FINAL: Serian Project Team mara ke perlawanan akhir kempen Liga Serian/Lea Sports Centre 2019 selepas menundukkan Marr SC 1-0 kelmarin.

KUCHING: Aksi final Liga Serian/Lea Sports Centre 2019 bakal mempertemukan dua kelab handalan, Serian Project Team menentang FC Ting.

Ia susulan kejayaan menundukkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir di Stadium Serian kelmarin.

Serian Project Team melangkah ke final selepas berjaya menyingkirkan musuh ketat, Marr SC dengan jaringan 1-0 dalam aksi cukup sengit.

Ia kejayaan yang cukup manis bagi Serian Project Team selepas tumpas kepada lawan sama dalam aksi final Piala FA YB Martin Ben baru-baru ini.

Manakala FC Ting tidak berdepan masalah menumpaskan KSRUS 4-0 dalam perlawanan berlangsung awal untuk mara ke final dengan bergaya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh berlangsungnya perlawanan akhir.

“Kita belum dapat menetapkan tarikh perlawanan akhir, mungkin selepas mesyuarat nanti akan dapat ditetapkan tarikh tersebut,” ujar Phillip.

Advertisement