Anda di sini

Ramli Din Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu

Advertisement
Ramli (kanan) dan Azman bertukar dokumen serah terima tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu sambil disaksi Zamri.
Ramli (kanan) dan Azman bertukar dokumen serah terima tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu sambil disaksi Zamri.

KUCHING: Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Azman Yusof.

Majlis serah terima tugas antara Ramli dan Azman disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysis (PDRM) Datuk Zamri Yahya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Ramli dalam ucapannya berjanji akan meneruskan kecemerlangan Polis Sarawak dalam memastikan keamanan dan keselamatan negeri ini terus terpelihara. 

"Amanah dan tanggungjawab ini saya pikul mengikut arahan pucuk pimpinan PDRM, saya akan melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya. 

"Oleh itu, saya berharap semua pegawai dan anggota polis Sarawak dapat bersama-sama saya untuk terus mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri ini bertunjangkan integriti. 

"Marilah kita bersama memastikan Sarawak sentiasa aman dan makmur serta membantu kerajaan dalam membawa arus pembangunan moden di sini," katanya. 

Sementara itu, Azman akan mengisi kekosongan tempat Ramli sebagai Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman. 

Azman dalam ucapannya percaya penggantinya itu dapat meneruskan kecemerlangan polis Sarawak. 

"Saya percaya dengan kaliber dan pengalaman, beliau mudah untuk menerajui polis Sarawak. 

"Kepada semua warga polis Sarawak saya ucapkan terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada saya dalam melaksanakan tanggungjawab di negeri ini," katanya. 

Sementara itu, Zamri berkata Ramli merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak ke-25, dan yakin dapat meneruskan tradisi kecemerlangan kontijen negeri ini. 

Dedahnya, Ramli sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan ini adalah detik bersejarah kerana beliau dapat berkhidmat untuk Pulau Borneo ini.

  • oleh
  • Advertisement