Anda di sini

Polis tahan lelaki  bantu siasatan kes kontraktor dicederakan

Advertisement
ACP Stanley Jonathan Ringgit.
ACP Stanley Jonathan Ringgit.

SIBU: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang kontraktor yang dicederakan dengan objek tajam, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek merupakan seorang  peniaga dan berusia 43 tahun.

Stanley berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi di sebuah pusat hiburan di sini, satu pergaduhan telah berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

"Semasa sedang minum, suspek dikatakan telah memasukkan rokok ke dalam minuman pengadu.

"Mangsa kemudian menumbuk suspek dan mengakibatkan suspek marah lalu melibas sesuatu ke arah muka mangsa sehingga terkena bahagian muka kiri dan dada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata, mangsa selepas kejadian kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sibu oleh rakannya.

Manakala suspek akan direman pada hari ini dan barang kes akan dikesan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

  • oleh
  • Advertisement