Anda di sini

Jangan kaitkan KDM tinggal di kawasan setinggan

Advertisement
JOHN
JOHN

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) John Charles Mitah Mikat menegaskan agar tidak mendakwa kalangan Kadazan Dusun Murut (KDM) tinggal di kawasan setinggan.

Katanya ini disebabkan KDM mempunyai Native Customary Rights (NCR) dan mana-mana pihak diingatkan untuk tidak menyamakan KDM dengan isu pendatang tanpa izin (PTI) yang tinggal di setinggan sejak 30 hingga 40 tahun lalu.

“KDM adalah kaum asal Sabah dan mereka berhak tinggal di mana sahaja mengikut kesesuaian di negeri ini.

“Sungguh pun demikian KDM bukanlah jenis kelompok manusia yang suka melawan arus undang-undang malah mereka adalah jenis bangsa yang sentiasa patuh dan menghormati undang-undang dan perlembagaan negara. 

“Saya tegaskan sekali lagi KDM bukan PTI yang suka merampas hak orang lain,” katanya.

Menurutnya sejak dari dahulu pihak berkuasa termasuk polis sudah menggelar PTI sebagai ibu kepada segala derita Sabah dan polis turut menyarankan agar pemimpin dalam kerajaan dengan kerjasama masyarakat setempat menyeru untuk memusnahkan kawasan setinggan dan mengusir PTI di sini.

Tambahnya isu berkenaan boleh dilihat melalui kenyataan bekas Ketua Polis Negara sebelum ini selain usaha pembanterasan PTI di beberapa lokasi setinggan sekitar sini.

“Jika kerajaan lalu dikatakan gagal menyelesaikan isu PTI di Sabah maka wajarlah kerajaan hari ini harus bertindak bijak dan tegas bukan asyik menyalahkan kerajaan yang lalu sahaja. 

“Pemimpin hari ini seharusnya menekankan penghantaran balik PTI ke negara asal masing-masing dan bukan memberi keutamaan kepada golongan ini.

“Kerajaan Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dinasihat untuk mencontohi tindakan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee bagaimana ia mengatasi masalah lambakan PTI di Sabah dalam Program Regularisasi antara Mei 1996 – Mei 1998, yang kemudiannya disusuli oleh mantan Ketua Menteri yang Ke-13 Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat antara Mac 2001 – Mac 2003,” katanya.

Tambahnya pihak bertanggungjawab juga perlu menghantar pelarian serta PTI balik sepertimana yang dikehendaki oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte agar rakyatnya yang tinggal di Sabah sekian lama diminta kembali balik ke negara asal mereka.

  • oleh
  • Advertisement