Anda di sini

Impian kemenangan tidak kesampaian

Advertisement
 Joseph cuba melepasi kawalan pemain Ultimate FC dalam perlawanan penutup tirai Liga M3 2019 di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.
SENGIT: Joseph cuba melepasi kawalan pemain Ultimate FC dalam perlawanan penutup tirai Liga M3 2019 di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.

KUCHING: Impian Kuching FA untuk menutup kempen Liga M3 2019 dengan bergaya tidak kesampaian selepas dikejutkan Ultimate FC 1-0 pada perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.

Gol tunggal Elvenson Enson pada minit ke-70 menjadi pemusnah hasrat barisan kendalian Ideris Untong untuk meneruskan rentak kemenangan meskipun 90 minit perlawanan jelas dikuasai Kuching FA.

“Memang agak kecewa dengan kekalahan ini, kita menguasai permainan malah deretan peluang terbaik untuk menjaringkan gol gagal disempurnakan dengan sebaiknya.

“Saya amat beruas hati dengan aksi diperagakan semua pemain namun kegagalan jentera serangan untuk menjaringkan gol menjadi penghalang untuk kita membolosi gawang lawan,” katanya.

Malah, beliau percaya Kuching FA pasti berpesta gol jika percubaan dilakukan Sufizal Ismail, Rafiezan Razali, Joseph Kallang Tie, Yuta Suzuki, Sahran Abdul Samad, Zulkarnien Poasa, Mohammad Nur Alif Kepli dan Mohammad Shahfitri Salim berjaya menembusi gawang pelawat.

Bagi Ideris, walaupun keputusan daripada perlawanan tersebut tidak memberi impak kepada kedudukan mereka yang sudahpun bergelar naib juara namun perlu baginya untuk meningkatkan ketajaman jentera serangan skuad itu.

Ditambah lagi katanya, persiapan itu penting untuk menghadapi aksi ‘play-off’ menentang skuad ‘abang’, Sarawak pada 23 November ini.

  • oleh
  • Advertisement