Anda di sini

GSD Southland lancar rumah contoh dua tingkat Petra Vistana Citrine

Advertisement
 Hii menyampaikan cenderamata kepada Dr Sim. Turut kelihatan Chong (empat kiri), Mohd Razi (lima kiri) dan Khor (empat kanan).
TERIMA KASIH: Hii menyampaikan cenderamata kepada Dr Sim. Turut kelihatan Chong (empat kiri), Mohd Razi (lima kiri) dan Khor (empat kanan).

KUCHING: GSD Southland Sdn Bhd (GSD Southland), anak syarikat Kumpulan Green Summit Development melancarkan rumah contoh dua tingkat terbaharu Petra Vistana Citrine di Taman Kopodims, Matang semalam.

Ini merupakan projek perumahan fasa kedua mereka daripada pelan induk mereka seluas 100 ekar tanah.

Matlamat Petra Vistana Citrine adalah untuk memenuhi kriteria pembangunan sebagai sebahagian daripada kempen kerajaan tempatan untuk menyedikan rumah mampu milik kepada umum.

Petra Vistana Citrine merangkumi 69 unit rumah teres dua tingkat, 24 unit rumah separa berkembar dan dua lot berkembar.

Projek ini akan menambahkan kepelbagaian berdasarkan kepada jenis rumah yang dibangunkan dalam keseluruhan kawasan Petra Vistana seluas 2.4 hektar.

Rumah contoh terbaharu menampilkan rekaan bertemakan Bali moden dengan sentuhan elegan.

Rumah ini sesuai untuk mereka yang mencari keseimbangan antara alam semula jadi dengan gaya hidup pinggir bandar.

Rumah ini merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air termasuk laman belakang serta tempat parkir kereta yang luas.

Petra Vistana Citrine menawarkan keupayaan pemilikan rumah dengan kediaman yang cantik dan jauh dari kesibukan kota.

Pelancaran Petra Vistana Citrine telah disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir, Pengurus Besar Green Summit Engineering Sdn Bhd Chong Kok Fui dan Pengarah Urusan Khor Ooi Long serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam.

Advertisement