Anda di sini

Seramai 380 orang peserta berentap

Advertisement
 Peserta berentap pada jogathon Sekolah Kebangsaan St Anne Sarikei 2019 bersedia memulakan larian.
BERSEDIA: Peserta berentap pada jogathon Sekolah Kebangsaan St Anne Sarikei 2019 bersedia memulakan larian.

SARIKEI: Seramai 380 orang peserta berentap pada Jogathon Sekolah Kebangsaan (SK) St Anne 2019 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St Anne di sini semalam.

Jogathon itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu junior 2 kilometer (km) untuk satu pusingan, senior 6km enam pusingan dan veteran 4km untuk dua pusingan.

Dalam kategori lelaki junior, tempat pertama dimenangi Muhd Aiman Aniq, kedua Danish Izzuddin dan ketiga Muhd Faiz Zakuan.

Sementara itu kategori wanita junior, juara milik Evelyn Ngu, naib juara ialah Samantha Ung dan ketiga, Ling Fei Yi.

Bagi kategori lelaki senior, tempat pertama Aamriee Marzuqie, kedua Wong Chin Chai dan ketiga Calvin Yu Tze Haq manakala wanita senior tempat pertama Tracy Dibah, kedua Teo Micheal Mulok dan ketiga Su Siew Teng.

Kategori lelaki veteran juara dimenangi Sia Pik Kiong, naib juara ialah Ahmad Juni dan ketiga Talip Ugun.

Untuk kategori wanita veteran, tempat pertama Wong Mim Huong, kedua Florence Ludau dan ketiga Ling Siew Ping.

Semua pemenang menerima hadiah berupa hamper, piala dan pingat daripada penganjur.

Jogathon ini untuk mengumpul dana pembinaan bangunan baharu sekolah tiga tingkat dijadikan bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber sekolah, bilik muzik, bilik reka bentuk dan teknologi, kantin, bilik buku teks dan klinik pergigian.

Ia berikutan kemudahan sedia ada tidak dapat menampung keperluan warga sekolah berjumlah 884 orang terdiri 830 murid, 54 guru-guru termasuk kakitangan sekolah.

Pada program itu, penganjur berjaya mengumpul kutipan berjumlah RM53,753.

Hadir melakukan 'flag-off' dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Philip Wong mewakili Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong.

Turut hadir Kaunselor Law Hien Yii mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, Guru Besar SK St Anne Sarikei, Wong Tii Ann dan Pengerusi PIBG SK St Anne, Hamidi Jelani.

  • oleh
  • Advertisement