Anda di sini

Lelaki bersenjata serang konvoi bas pengundi Islam

Advertisement
 Anggota polis berkawal ketika orang ramai berbaris untuk membuang undi dalam pilihan raya presiden  di Colombo, Sri Lanka semalam. — Gambar Reuters
KAWALAN KETAT: Anggota polis berkawal ketika orang ramai berbaris untuk membuang undi dalam pilihan raya presiden di Colombo, Sri Lanka semalam. — Gambar Reuters

COLOMBO: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah konvoi bas yang membawa pengundi minoriti Islam di barat laut Sri Lanka semalam, beberapa jam sebelum pengundian dalam pilihan raya presiden dijalankan, kata polis.

Tidak ada laporan lanjut mengenai kematian atau kecederaan, namun seorang pegawai polis berkata penye-rang telah membakar tayar di atas jalan raya dan membentuk penghadang jalan sementara bagi menyerang hendap konvoi melibatkan lebih 100 kenderaan.

“Lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan juga melastik batu,” kata seorang pegawai polis di Tantirimale, 240 kilometer di utara Colombo.

“Sekurang-kurangnya dua bas telah terkena serangan, namun kami tidak menerima laporan mengenai kemala-ngan jiwa.”

Penduduk Islam dari pekan pantai Puttalam sedang dalam perjalanan ke daerah berhampiran Mannar, di mana mereka didaftarkan untuk mengundi, kata pegawai polis tersebut.

Pasukan bantuan polis telah bergegas ke kawasan itu dan membersihkan penghadang di atas jalan raya dan mengiringi konvoi supaya penumpang dapat mengundi.

Insiden muncul ketika polis dan tentera sedang terperangkap dalam satu perbalahan tegang di semenanjung utara Jaffna yang didominasi oleh penduduk Tamil di mana penduduknya mengadu tentang sekatan jalan raya tentera sebelum pengundian.

Polis melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bebas bahawa pihak tentera telah melakukan sekatan jalan secara haram yang mungkin menghalang penduduk dari bergerak dengan bebas ke pusat pengundian semalam.

“Selepas memaklumkan pihak tentera mengenai sekatan jalan raya adalah tidak dibenarkan pada satu masa melibatkan pilihan raya negara, mereka segera memus-nahkannya,” kata polis dalam satu kenyataan.

Sumber polis menyatakan mereka turut memberikan amaran kepada beberapa komander tentera tempatan bahawa sebarang gangguan terhadap pilihan raya akan dilaporkan ke mahkamah dan pesalah akan didakwa.

Puak minoriti Tamil dan Islam di Sri Lanka telah dilihat sebagai penting bagi memutuskan pemenang dalam satu pertandingan sengit antara dua calon utama – menteri perumahan Sajith Premadasa dan Gotabaya Rajapaksa dari pihak pembangkang.

Laporan media tempatan telah menimbulkan kebimbangan bahawa kehadiran ramai anggota tentera di Jaffna, bahagian utama bagi puak minoriti Tamil di pulau tersebut, mungkin mempe-ngaruhi kehadiran pengundi dan memihak kepada Rajapaksa, seorang bekas ketua kementerian pertahanan dan saudara lelaki kepada bekas presiden Mahinda Rajapaksa. — AFP

Advertisement