Anda di sini

Hamilton tidak yakin dapat ulangi kejayaan di GP Brazil

Advertisement
 Aksi Hamilton ketika menyertai sesi latihan di Litar Interlagos di Sao Paulo Brazil menjelang Formula 1 GP Brazil. — Gambar AFP
BERSEDIA: Aksi Hamilton ketika menyertai sesi latihan di Litar Interlagos di Sao Paulo Brazil menjelang Formula 1 GP Brazil. — Gambar AFP

SAO PAULO: Lewis Hamilton mengakui bahawa dua minggu selepas dia memenangi kejuaraan dunia keenam bagi dirinya, dia tidak pasti sama ada dia dapat melancarkan cabaran yang serius dalam Grand Prix Brazil pada hari ini (Ahad) di mana dia menang dari petak pertama pada tahun lepas.

Warga Britain berusia 34 tahun itu, yang memberitahu pada minggu ini bahawa dia sedang menimbang masa depannya dalam Formula Satu selepas kontraknya bersama Mercedes ini tamat pada tahun depan, menduduki tempat kelima selepas sesi latihan kedua kelmarin.

Hamilton ketinggalan di belakang juara empat kali Sebastian Vettel dan rakannya dalam pasukan Ferrari Charles Leclerc, Max Verstappen dari pasukan Red Bull, dan rakannya sendiri dalam pasukan Mercedes Valtteri Bottas.

Dia berkata dia tidak pasti yang dia dapat mengurangjan kelebihan Ferrari dalam kelayakan semalam.

“Ia bermula dengan amat baik, jadi serta-merta, dari mula lagi, kami berada di garisan belakang yang bagus,” katanya.

“Kami membuat beberapa pengubahsuan dalam sei latihan dan kami akan membuat sedikit kerja pada malam ini untuk memperhalusinya.

“Ia agak penting kerana kita hanya ada dua sesi menjelang kelayakan untuk memperbetulkan keadaan dan kami perlu lebih memadatkannya sedikit – dan lebih tepat sedikit dengan perubahan yang kami telah buat.

“Saya tidak tahu sama ada kita ada tiga persepuluhan untuk sampai ke tahap Ferrari. Kereta Ferrari ternyata pantas pada hujung minggu ini – atau itulah nampaknya pada hari ini. Mereka amnya menewaskan kami di laluan lurus, jadi ia pasti menarik untuk melihat bagaimana keadaan itu akan berkesudahan.”

Bottas, yang akan menduduki tempat kedua di belakang Hamilton dalam kejuaraan pemandu, berkata dia rasa optimis.

“Saya rasa kami kelihatan agak kompetitif, walaupun untuk kelayakan, tetapi kami masih ada banyak lagi akan datang.” — AFP

Advertisement