Anda di sini

Bolivia terus bergolak, lima maut, 10 cedera

Advertisement
 Penunjuk perasaan yang cedera menerima rawatan di dalam ambulans semasa protes di Sacaba, pinggir Cochabamba, Bolivia kelmarin. — Gambar Reuters
CEDERA PARAH: Penunjuk perasaan yang cedera menerima rawatan di dalam ambulans semasa protes di Sacaba, pinggir Cochabamba, Bolivia kelmarin. — Gambar Reuters

BOGOTA: Lima orang terbunuh dalam protes dan rusuhan yang melanda di beberapa bahagian di Bolivia semalam.

Pertembungan antara polis dan penyokong bekas Presiden Evo Morales kian memuncak, lapor agensi be-rita Anadolu memetik media tempatan.

Lima penunjuk perasa-an terbunuh, lebih 10 lagi cedera, kata Defensoria del Pueblo, seorang juruaudit rasmi yang memantau mengenai pelanggaran hak asasi manusia di negara ini.

Jumlah korban meningkat kepada 14 dan 400 orang ce-dera ekoran pergolakan yang tercetus di Bolivia apabila penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden bulan lalu di mana Morales mengumumkan kemenangannya untuk penggal keempat.

Para penunjuk perasa-an membantah kerana mendakwa keputusan pilihan raya itu dicemari dengan penipuan.

Morales kemudian di-paksa meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada pihak tentera dan polis.

Pada Selasa, beliau tiba di Mexico selepas diberikan suaka politik.

Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez, mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara. — Bernama

Advertisement