Anda di sini

‘Baking Fair’ di Everrise sempena Krismas dan Tahun Baru Cina

Advertisement
 

KUCHING: Everrise akan menganjurkan promosi ‘Baking Fair’ bermula 18 November ini sehingga 1 Disember nanti bersempena dengan sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu Cina akan datang.

Para pelanggan akan menikmati harga tawaran paling menarik dan sukar untuk dilepaskan bagi semua pilihan ramuan dan peralatan membuat kuih  dan kek selama dua minggu.

Juga diadakan sesi demonstrasi masakan ‘Ipot & Bakeman Baking Essentials Demo’ pada 30 November di Everrise BDC bermula jam 12 tengah hari sehingga 1 petang dan kemudian jam 3 sehingga 4 petang dan seterusnya dari jam 7 sehingga 8 malam di Everrise Vivacity.

Semua demonstrasi dianjurkan oleh Jakker Trading Sdn. Bhd.

Pada masa yang sama, Lian Hua Seng Sdn. Bhd juga mengadakan demonstrasi membuat biskut cip coklat pada 3 petang 30 November nanti di Everrise Vivacity.

Premis yang menyertai termasuk Everrise Padungan, BDC, 4th Mile, Green Heights Mall, Plaza Merdeka dan Vivacity.

Untuk keterangan lanjut, sila semak iklan di muka dada akhbar tempatan pada 18 November ini.

Advertisement