Anda di sini

Serian Project Team tumpu perhatian aksi Liga Serian LSC 2019

Advertisement
 Serian Project Team (kiri) sekali lagi bersemuka dengan Marr SC petang ini.
BERI SAINGAN: Serian Project Team (kiri) sekali lagi bersemuka dengan Marr SC petang ini.

KUCHING: Selepas terlepas dua piala, harapan terakhir Serian Project Team untuk merangkul sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim ini terhala kepada aksi Liga Serian LSC 2019.

Namun, ia bukan mudah kerana skuad itu sekali lagi terpaksa bersemuka semula dengan lawan yang menyingkirkan mereka di pentas final Piala FA YB Martin Ben pada minggu lalu, Marr SC.

Kedua-dua musuh tradisi itu akan bertembung dalam perlawanan separuh akhir petang ini (jam 3.45 petang) di Stadium Serian.

Apa yang pasti, Serian Project Team enggan kempunan lagi dan bersedia berjuang habis-habisan untuk mara ke final kejohanan berprestij itu.

Bagi Marr SC, kejayaan merangkul Piala FA sudah pasti menyuntik semangat skuad itu untuk menjinakkan Serian Project Team sekali gus menyalakan impian mereka merangkul dua kejuaraan pada musim ini.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan FC Ting dan KSRUS FC, jam 1.45 petang di Stadium Serian.

KSRUS FC yang merupakan pemenang Piala Sumbangsih juga sudah tentu mengidamkan trofi kedua untuk menambah koleksi peribadi mereka pada musim ini.

Sekali gus bakal menyajikan pertembungan sengit antara kedua pasukan.

Advertisement