Anda di sini

Perarakan Boneka yang disertai 630 peserta catat rekod Malaysia Book of Records

Advertisement
Jwan (kiri) menyampaikan Sijil Rekod Baru Paling Banyak Peserta Boneka di dalam Perarakan Boneka oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada wakil Impression Sarawak, Gerald (kanan) sambil disaksikan Hii (dua kiri) dan Wee (dua kanan)  di sini, hari ini

KUCHING: Perarakan Boneka yang diadakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini, mencatat sejarah selepas berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record, yang disertai 630 tukang dalang serta pemilik boneka.

Pengerusi Penganjur Perarakan Boneka yang juga merupakan Pengarah Karnival Boneka Dunia Benua Asia, Gerald Goh berkata perarakan tersebut berjaya menarik seramai 2,000 penyertaan tetapi hanya 630 yang memiliki boneka atau anak patung.

"Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan saya merasa sangat bersyukur kerana ramai yang menyertai untuk mencipta rekod baru ini.

"Penyertaan dari sekolah-sekolah memainkan peranan utama dan juga orang ramai....persediaan ini telah kita adakan berbulan sebelum ini dan kita mahu memastikan ada peminat boneka untuk menyertai," katanya ketika ditemui semasa acara di sini, hari ini.

Para peserta termasuk ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri semepan Perarakan Boneka untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.

Menurut beliau, ada diantara ibu bapa yang menyertai program tidak berdaftar sebagai pemilik boneka dan hanya mereka yang datang dengan boneka sahaja akan didaftarkan.

Sijil pengiktirafan rekod tersebut disampaikan oleh Pengarah (Marketing Solution) The Malaysia Book of Records, Jwan Heah dan disaksikan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Hii Chang Kee dan Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Antara peserta dari luar negara yang menyertai Perarakan Boneka yang diadakan di MBKS, hari ini

Penganjur sebelum ini ini telah menjalankan beberapa bengkel di sekolah-sekolah sekitar kawasan Kuching selama seminggu dan berjaya memanfaatkan 1,500 pelajar.

Kesemua peserta diberikan penghargaan dalam bentuk sijil penyertaan daripada pihak The Malaysia Book of Records.

  • oleh
  • Advertisement