Anda di sini

Lorenzo akan bersara dari MotoGP

Advertisement
LORENZO
LORENZO

VALENCIA: Musim MotoGP yang sekali lagi didominasi Marc Marquez melabuh tirai di Valencia pada hujung minggu ini dengan ucapan selamat jalan kepada seorang lagi pelumba dan bekas juara dari Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang mengumumkan persaraannya kelmarin.

Marquez tidak syak lagi adalah bintang pada musim ini, selepas dia memenangi 11 perlumbaan setakat ini dan menjamin kejuaraan dunia keenamnya dengan baki empat perlumbaan lagi.

Tiada pelumba lain yang dapat menandingi kelajuan dan prestasinya yang konsisten.

Sejak GP Sepanyol di Jerez pada awal Mei lalu, Marquez telah menamatkan setiap perlumbaan sama ada di tempat pertama atau kedua, satu pencapaian yang mempercepatkan usaha pasukan Honda untuk menjadi juara syarikat pembuatan yang kelapan baginya dan keempat berturut-turut.

Pelumba berusia 26 tahun itu telah melakukannya dengan enjin motosikal RC213V yang telah dikritik kerana cara pengendaliannya.

Maka itu ia tidak mengejutkan untuk melihat Marquez merancang untuk menggunakan Valencia sebagai sesuatu seperti pemanduan ujian bagi musim akan datang.

“Kami sudah melihat kepada tahun 2020 dan terus mencuba beberapa pilihan dan pada waktu yang sama kita ada masa ini sebelum kita memasuki mod ujian selepas perlumbaan,” katanya.

Anehnya, memandangkan dia sudah memenangi 55 perlumbaan MotoGP sejak dia menyertai sirkit ini pada 2013, Marquez hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja pada 2o14 untuk dipamerkan bagi usahanya di Valencia.

Sebaliknya Lorenzo, rakannya dalam pasukan Honda, sudah memenanginya sebanyak empat kali dalam karier cemerlang yang menyaksikannya dinobatkan sebagai juara dunia sebanyak tiga kali.

Di Assen pada Jun lalu, dia mengalami kepatahan vertebra tulang belakang dalam satu kemalangan ketika berlatih, yang menyebabkannya tidak dapat berlumba dalam tiga perlumbaan.

“Ini adalah perlumbaan terakhir saya dalam MotoGP dan pada hujung perlumbaan, saya akan bersara sebagai seorang pelumba profesional,” katanya di satu sidang akhbar kelmarin.

Dengan pemergian Lorenzo yang membuka tempat di Honda, perlumbaan di Valencia mungkin akan lebih rancak kerana penunggang dijangka akan cuba memberi gambaran yang baik, terutamanya pelumba dari Perancis Johann Zarco selepas kariernya kelihatan seperti sudah berakhir sehingga Honda memberi talian hayat kepadanya dengan meletakkannya dalam pasukan bayangan mereka.

Pelumba British Cal Crutchlow dan penunggang Jepun Takaaki Nakagami kemungkinan mempunyai fikiran yang sama untuk menaik taraf.

Seorang lagi pelumba Perancis Fabio Quartararo juga mahu meletakkan penanda untuk musim akan datang.

Valentino Rossi, yang tidak menunjukkan sebarang tanda mahu bersara pada usia 40 tahun, juga akan memberikan tekanan di samping Maverick Vinales dan Andrea Dovizioso, yang menduduki tempat kedua dalam kejohanan ini di belakang Marquez untuk tahun ketiga berturut-turut. — AFP

Advertisement