Anda di sini

Lelaki menyamar EPS kenderaan guna permit palsu direman

Advertisement
 Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai Ejen Pemilikan Semula kenderaan dengan menggunakan permit palsu, direman selama dua hari bermula semalam. — Gambar Bernama
DIREMAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai Ejen Pemilikan Semula kenderaan dengan menggunakan permit palsu, direman selama dua hari bermula semalam. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Seorang lelaki yang menyamar sebagai Ejen Pemilikan Semula (EPS) kenderaan dengan menggunakan permit palsu, direman dua hari bermula semalam untuk siasatan.

Perintah reman yang dimohon polis itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Mahkamah Seremban Yusna Khadijah Md Yusop.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kelmarin oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana disyaki menggunakan kad EPS palsu sebelum diserahkan ke balai polis Seremban untuk tindakan lanjut. — Bernama

Advertisement